Thursday, August 21, 2008

Teknik Senaman Batin Untuk LelakI

SENAMAN BATIN

Senaman untuk lelaki ini sasarannya untuk menguatkan tenaga batin

lelaki, beberapa perkara perlu dilakukan:

Pertama:

Apabila bangun dari tidur, ambil sedikit air liur dari lelangit
kemudian sapukan di kepala zakar.

Kedua:

Perlu lakukan senaman tenaga batin, caranya:

1. Duduk bersila, tarik nafas sepenuhnya dan tahan nafas kemudian
bongkokkan badan sampai mencecah kaki, bilang 7 detik, bangun dan
lepaskan nafas secara perlahan-lahan.

2. Dalam keadaan duduk bersila tadi, lunjurkan sebelah kaki kanan
atau kiri, kemudian tarik nafas sepenuhnya tahan nafas 7 detik,
cuba sentuh silang kaki yang dilunjurkan tadi sebanyak 7 kali.

Untuk menjaga zakar agar baik serta daya tahan lama dan pancutan
air mani mempunyai mutu yang baik. Caranya jagailah aliran darah
di dalam tubuh itu agar berjalan lancar dan baik sekali.

Jika perjalanan darah lancar maka zakar turut sihat dan bagus.
Zakar dan aliran darah adalah satu kaitan yang rapat. Maka penjagaan
dalaman tubuh amat perlu sekali dipelihara dan diberi perhatian
sepenuhnya.

Justeru itu untuk meningkatkan mutu terbaik air mani amalkan
memakan 2 Kapsul Tulen bawang putih setiap pagi. Cara memakan mentah
bawah putih juga digalakkan. Untuk sebelah malamnya pula amalkan
2 Kapsul Herba pegaga agar memberi gandaan tenaga.

Jika ada kemahiran urutan, urutlah zakar 1-2 kali seminggu dengan
menggunai minyak herba.

Caranya, dengan menyapu keseluruh bahagian paras pinggang ke bawah.
Mulakan urutan dari bawah buah zakar, urut di celah peha kemudian
ke zakar dan bahagian ari-ari dan seterusnya naik ke pusat dan
ke seluruh bahagian perut.

Lakukan ini setiap hari iaitu 2-3 jam sebelum tidur. Insya Allah
dalam masa seminggu anda akan dapat lihat kesannya. Layarilah
bahtera dengan penuh sentuhan kasih dan sayang.

No comments: